Sekiranya kita yakin dan tanamkan dalam minda bahawa sautu hari nanti kita akan menjadi jutawan, Insya Allah impian itu akan menjadi kenyataan.
Kalau kita melihat sejujurnya, kenapa ramai diantara usahawan yang masih gagal walau telah menceburi bidang perniagaan setelah sekian lama, tapi masih lagi berada pada tahap yang tidak membanggakan. Menurut pakar motivasi kejayaan iaitu Dr. Azizan Osman, sekiranya kita telah berniaga selama 3 tahun tetapi masih belum bergelar jutawan, ada sesuatu yang tidak kena yang perlu di perbaiki.
Berdasar kajian pakar Mind Power, Dato' Dr. Ibrahim Ahmad, terdapat 2 kesilapan besar yang ada pada minda usahawan yang merenjat kejayaan mereka iaitu :
- Tidak menjadikan target kekayaan sebagai satu tanggung jawab dan tuntutan. Kita tidak memilih untuk menjadi kaya tetapi selesa dengan cukup cukup makan sahaja. Kita terlalu memilih dan rasa cukup secara bersederhana sahaja. Sedangkan kita lupa dengan kekayaan banyak tanggung jawab yang boleh dibuat seperti membantu golongan yang memerlukan, membina empayar perniagaan yang mampu bersaing dengan pihak lain. Tuntutan zakat juga dapat dilaksanakan termasuk sedekah yang akan memberi pulangan dan ganjaran untuk menjadi amalan yang diredhai Allah.
- Usahawan gagal untuk merancang. Motivasi untuk menjadi jutawan tidak cukup sekiranya matlamat dan cara untuk mencapai matlamat tersebut tidak jelas. Perancangan yang teliti diikuti dengan tindakan yang tepat pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.
" AKU PASTI BERJAYA"
Mulakan langkah anda untuk menjadi usahawan nurseri & Landskap.
Dapatkan ebook: Panduan Memulakan perniagaan Nurseri & Landskap di
www.asery-nursery.com

No comments:
Post a Comment