Tip pemasaran : Salah satu daripada teknik pemasaran yang
berkesan untuk meledakkan perniagaan kita
ke tahap yang lebih tinggi ialah dengan memberikan TAWARAN yang memberi kesan kepada diri pelanggan.
Contoh yang biasa digunakan ialah :
"100% Jaminan Wang Dikembalikan"
Jika yakin produk kita benar-benar boleh membantu, dan
menyelesaikan masalah orang ramai...Maka tawarkan jaminan seperti motto diatas.
Tawaran seperti ini akan menyebabkan pelanggan:
1) Yakin untuk mencuba produk.
2) Mewujudkan keadaan "win-win" di antara kita dan pelanggan.
3) Membuatkan kita lebih bermotivasi dan terus bersemangat.
Thursday, June 20, 2013
Monday, June 17, 2013
Usahawan Nurseri dan Landskap : Rahsia Teknik Jualan
Sebagai usahawan nurseri dan landskap, premis kedai kita akan
dikunjungi oleh pelanggan yang berminat untuk melihat dan membeli
barangan yang dikehendaki. Namun, tanpa kita sedar bahawa peranan kita
dalam mempengaruhi pelanggan banyak membantu meningkatkan hasil
jualan. Kemahiran untuk mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan
setelah berada didalam premis kita mestilah di pelajari dengan
sebaiknya.
Bagaimana untuk kita membantu pelanggan membuat keputusan?
Video ini boleh membantu kita untuk meningkatkan kemahiran mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan membeli produk kita.
Bagaimana untuk kita membantu pelanggan membuat keputusan?
Video ini boleh membantu kita untuk meningkatkan kemahiran mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan membeli produk kita.
Saturday, June 15, 2013
Usahawan Nurseri dan Landskap : Minda Jutawan
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita mestilah mengubah dan
menganjakkan minda sedia ada kepada minda jutawan. Minda biasa biasa
sahaja tidak cukup untuk mendorong kita untuk mencapai kejayaan dalam
perniagaan.
Sekiranya kita yakin dan tanamkan dalam minda bahawa sautu hari nanti kita akan menjadi jutawan, Insya Allah impian itu akan menjadi kenyataan.
Kalau kita melihat sejujurnya, kenapa ramai diantara usahawan yang masih gagal walau telah menceburi bidang perniagaan setelah sekian lama, tapi masih lagi berada pada tahap yang tidak membanggakan. Menurut pakar motivasi kejayaan iaitu Dr. Azizan Osman, sekiranya kita telah berniaga selama 3 tahun tetapi masih belum bergelar jutawan, ada sesuatu yang tidak kena yang perlu di perbaiki.
Berdasar kajian pakar Mind Power, Dato' Dr. Ibrahim Ahmad, terdapat 2 kesilapan besar yang ada pada minda usahawan yang merenjat kejayaan mereka iaitu :
" AKU PASTI BERJAYA"
Mulakan langkah anda untuk menjadi usahawan nurseri & Landskap.
Dapatkan ebook: Panduan Memulakan perniagaan Nurseri & Landskap di
www.asery-nursery.com

- Tidak menjadikan target kekayaan sebagai satu tanggung jawab dan tuntutan. Kita tidak memilih untuk menjadi kaya tetapi selesa dengan cukup cukup makan sahaja. Kita terlalu memilih dan rasa cukup secara bersederhana sahaja. Sedangkan kita lupa dengan kekayaan banyak tanggung jawab yang boleh dibuat seperti membantu golongan yang memerlukan, membina empayar perniagaan yang mampu bersaing dengan pihak lain. Tuntutan zakat juga dapat dilaksanakan termasuk sedekah yang akan memberi pulangan dan ganjaran untuk menjadi amalan yang diredhai Allah.
- Usahawan gagal untuk merancang. Motivasi untuk menjadi jutawan tidak cukup sekiranya matlamat dan cara untuk mencapai matlamat tersebut tidak jelas. Perancangan yang teliti diikuti dengan tindakan yang tepat pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.
" AKU PASTI BERJAYA"
Mulakan langkah anda untuk menjadi usahawan nurseri & Landskap.
Dapatkan ebook: Panduan Memulakan perniagaan Nurseri & Landskap di
www.asery-nursery.com
Subscribe to:
Comments (Atom)